skselama.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skselama@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | Untitled | Untitled | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan pejabat sekolah

Sekolah ini merupakan sekolah aliran Bahasa Inggeris yang terulung dibina di Daerah Selama pada tahun 1953.  Ia dikenali dengan Sekolah Inggeris Kerajaan ( Government English School ).

Pada masa dahulu , ibubapa yang ingin anak-anak mereka berpendidikan aliran Bahasa Inggeris terpaksa menghantar mereka ke Bagan Serai dan Taiping.  Allahyarham Tn . Hj. Baharom b. Abu Samah ialah guru besar pertama yang mentadbir sekolah ini mulai dari 29 Januari, 1953.  Jumlah pelajar ketika itu seramai 38 orang dan terdapat 2 orang guru.  Ketika itu , sekolah ini hanya menumpang di Bahagian Cawangan Ke-3 Sek. Melayu, Selama yang terletak di Jalan Menteri. 

Pada tahun 1957, En. Lim Cheng Hung menyambung tugas-tugas pentadbiran selama setahun sahaja.  Kemudian tempat beliau diganti oleh En. Anthony Kanikasamy. Beliau merupakan guru besar yang paling lama berkhidmat di sekolah ini, iaitu selama 28 tahun dari 1958 hingga 1986.  Beliau dikenang sebagai seorang pentadbir yang sangat tegas dan mementingkan disiplin di sepanjang pentadbiran.  Selepas itu, sekolah ini ditadbir oleh Allahyarham Tn Hj Md. Azzahari b. Hj Hassan sehingga tahun 1987.  Tn Hj Ahmad Isa b. Hj Anwar, AMP, PPT, meneruskan pentadbiran di sekolah ini sehinggalah tahun 1995.  Pentadbiran di sekolah ini ditadbir pula oleh En Ahmad Yahaya b. Darus.  Pada tahun 2000 alaf baru, Pn Hjh Jamaiyah bt Hj Zakaria memulakan perkhidmatannya untuk mentadbir sekolah ini sehingga berjaya membawa ke mercu kegemilangan.

Bangunan tambahan yang didirikan pada tahun 1959 untuk menampung seramai 225 orang murid.  Ia telah diserahkan sepenuhnya kepada sekolah ini pada tahun 1967 dan ditukar namanya kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Selama ( National Type Primary School ).  Apabila bahasa pengantar ditukar kepada Bahasa Malaysia maka sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Selama, Jalan Menteri.

Sambutan Jubli Perak ( Ke-25 tahun ) telah diraikan pada tahun 1978 dengan meriahnya.  Tahun demi tahun sekolah ini terus menerima arus pembangunan dengan terbinanya dua buah bangunan pasang siap pada tahun 1984, bangunan 3 tingkat dan kantin pada tahun 1986.  Seterusnya pada tahun 1998, sekolah ini telah diberi kemudahan sebuah padang seluas 3.5 ekar.  Bersesuaian dengan era ICT maka pada tahun 2003 sebuah makmal komputer telah didirikan.

Sambutan Jubli Emas ( Ke-50 tahun) diraikan pada tahun 2004 dengan meriahnya.  Ramai bekas pelajar , warga sekolah dan orang ramai ini telah melawat sekolah ini yang mengadakan sambutan selama dua hari dengan pelbagai acara yang menarik.  Makan Malam Seribu Kenangan juga diadakan di Dewan MDS. 

Bangunan Makmal sekolah


Bangunan kantin sekolah

Bangunan Perpustakaan sekolah

Kini jumlah pelajar pada tahun 2007 telah mencecah sehingga angka 600 orang.  Situasi ini menyebabkan kelas dan bilik - bilik khas tidak mencukupi.  Justeru, Jabatan Pelajaran Perak telah menjanjikan pembinaan bangunan tambahan dengan masa yang terdekat.  Sementara itu, pada tahun ini, sekolah ini terpaksa menjalankan dua sesi yang menimbulkan beberapa masalah.  Namun begitu, dengan komiten yang jitu oleh guru, para pelajar, seluruh warga sekolah ini dan ibu bapa maka peratus pencapaian UPSR sekolah ini semakin meningkat dan membanggakan.  Sekolah ini bukan cemerlang dari segi akademik, bahkan jua dari segi kokurikulum dan kesahsiahan.  Semoga masalah-masalah yang dihadapi hari ini dapat diatasi dengan segera oleh pihak yang terbabit agar sekolah ini kelak melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan sahaja di Malaysia bahkan jua seantero dunia.

Dengan lancarnya laman web sekolah http://www.skselama.net diharap bekas pelajar dan warga sekolah dapat berkomunikasi dan menyumbang kepada pembangunan sekolah ini.

Bangunan Makmal sekolah




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: